Sunday, December 2, 2007

SELAMAT DATANG KE NEGERI PERLIS

Saya 9W2RZA dan juga rakan-rakan radio amatur di negeri Perlis menggalu-alukan kedatangan anda ke laman blog kami.Salam contact perdana, 73 dan 88.

Saturday, December 1, 2007

INGIN BERKOMUNIKASI DENGAN RAKAN-RAKAN HAM DI PERLIS?

PANGGIL-PANGGIL LAH KAMI DI NEGERI PERLIS:

1-Pancar Ulang MARTS ( Putra Palace ) 147.980, -0.600, 203.5

2-Simplex 145.215 mhz

3-Simplex 144.600 mhz

4-Simplex UHF ( masih dalam pertimbangan )

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI NEGERI PERLIS

Pelancongan di Negeri Perlis

Untuk menarik lebih ramai pelancong dengan mengekploitasi potensi dan sumber semulajadi negeri Perlis, Jabatan Pelancongan telahpun memperkenalkan “Tujuh Pesona Perlis” (Antaranya termasuklah Panorama, Taman Ular, Harumanis, Makanan dan Makanan Laut, Tarikan Sempadan, Mengintip Burung Pengembaraan Hutan .

"Negeri Permai Lagi Mempesona", merupakan ungkapan yang paling tepat untuk mengambarkan keindahan dan kedamaian negeri Perlis. Berbekalkan Landskapnya yang menghijau dan permai, menawarkan sesuatu yang menarik buat pencinta kedamaian alam.

Berikut merupakan tempat-tempat pelancongan di Perlis.

Taman & Hutan

Makanan

Sumber rujukan dari wikipedia.org

PERLIS

PERLIS

Negeri Perlis yang juga dikenali sebagai Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand di utaranya.

Pada tahun 2000, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 198,335 orang. Pembahagian etnik: Melayu (166,200 atau 78%), Cina (24,000 atau 17%), India (3,700), lain-lain (5,400), bumiputera lain (600).

sumber dari wikipedia.org

EKONOMI DAN BUDAYA NEGERI PERLIS

Ekonomi dan budaya

Ekonomi negeri didominasi oleh pertanian, terutamanya beras, gula dan buah-buahan. Perhutanan dan perikanan juga merupakan industri yang mustahak, dan negeri ini sedang mengambil tindakan untuk menarik perusahaan kecil dan sederhana.

sumber rujukan wikipedia.org



SEJARAH NEGERI PERLIS

Sejarah negeri Perlis

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.

Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.

Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.

sumber rujukan wikipedia.org